9/29/2015 Harap masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua yang beragama Islam. Hari Raya kali ini agak mendukacitakan bila mendapat tahu pemergian ke Rahmatullah Ustaz Abdul Rasyid dari Tahfiz Ar Rasyid Sg Udang Kelang. Kematian pasti terjadi kepada semua makhluk yang bernyawa. Kita yang masih hidup, perlu menggunakan peluang yang ada untuk menambahkan amalan soleh sebelum kita menyesal. Bila menyentuh bab menyesal, saya ingin kongsikan bahawa saya memang tengah kemaruk hendak membeli handbag baru. Saya rasa amat menyesal kerana beberapa tahun dahulu, kawan saya Dr Mazlina mahu tolong membelikan handbag di Heathrow dengan harga RM6500 tetapi ketika itu, saya teragak agak. Beliau pula hampir berangkat balik. Masa tu, belum ada whatsApp, cuma berkomunikasi melalui email. Email pula bukan terus delivered, kena tunggu beberapa minit. Sekarang harganya telah melebihi dari RM15000. Jadi setiap kali teringat peristiwa ini, saya akan rasa sangat menyesal kerana tidak membeli bag tersebut ketika itu. Dalam masa yang sama, saya berkata sendirian, bagaimana pulak, jika selepas mati, menyesal selama lamanya kerana tidak membuat amalan soleh yang banyak ketika hidup di dunia? Bayangkan dengan urusan dunia pun saya boleh menyesal bertahun tahun. Sebelum kita menyesal, lebih baik kita mula berbuat sesuatu mulai sekarang. Berbalik kepada bab Aidil Adha, saya selalu mendengar ucapan yang mengatakan di Kelantan Hari Raya Adha yang meriah. Pada mulanya saya pun tak mengerti mengapa ianya dikatakan begitu. Adakah kerana ianya diberi cuti selama 2 hari bagi hari Raya Aidil Adha. Hanya setelah ada sedikit ilmu barulah saya faham yang bagi umat Islam seharusnya hari raya Aidil Adha yang disambut dengan meriah kerana adanya ibadah korban yang dibuat pada 10 hingga 13 Zulhijjah. Berkorban adalah ibadah sunat yang sangat dituntut kepada semua yang mampu untuk melakukannya setiap tahun sebgai tanda kesyukuran kepada Allah. Saya menyediakan Rendang Ayam ini untuk dimakan dipagi raya bersama dengan lemang yang hubby tempah. Bercakap pasal hidangan pagi raya, adalah diingatkan bahawa adalah sunat untuk kita tidak bersarapan sebelum mengerjakan solat sunat Hari Raya Aidil Adha berbeza dengan Hari raya Aidil Fitri di mana kita disunatkan makan terlebih dahulu. Berbalik pada rendang, sebenarnya memasak rendang ini sangat mudah dan cepat. Sesiapa pun boleh memasak rendang. Rendang adalah masakan baru pada saya kerana sejak kecil, kami tidak pernah memasak rendang. Setelah bekerja, berhijrah ke Kuala Lumpur dan berkahwin, barulah saya mengenali masakan rendang. Boleh sahaja jika ingin menggunakan bawang merah yang dihiris, tetapi saya tidak punya banyak masa kerana berkesempatan memasak hanya di malam raya. Badan pun telah kepenatan setelah seharian bekerja. Jadi semua bahan hanya dikisar sahaja. Kali ini saya meletakkan buah keras untuk menambah lemak seperti mana juga saya memasukkan buah keras dalam sambal tumis. Jom layan resepi mudah yang saya gunakan pada hari ini. Rendang Ayam Mudah dan Sedap 1 ekor ayam 1 kilo santan - guna 1 santan kotak 2 sudu besar kerisik 2 helai daun kunyit - dihiris halus Minyak untuk menumis Garam Gula/gula merah 20 tangkai cili kering - guna 4 sudu besar cili kisar 2 labu bawang besar 6-8 ulas bawang putih 2 inci kunyit hidup 4 batang serai 3 inci halia 3 inci lengkuas 2 biji buah keras Cara-cara Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru masukkan santan. Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak. Masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan bolehlah ditutup api. Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.
CaraBikin resepi kacang panjang goreng hati ayam Instagram aziekitchen fb page azie kitchen. Ingredients / bahanbahan ~ cooking oil minyak masa December 12, 2020 0 Komentar
5/31/2019 Oleh kerana beberapa hari lagi nak beraya, kita nak share resepi ulangan iaitu rendang ayam. Beberapa hari lagi pasti ramai akan mula ke dapur untuk merendang. Seperti bisa, kita masuk dulu bab tazkirah. Tazkirah akhir bulan Ramadhan tahun ini di surau tempat saya bekerja. Tazkirah Ustaz Abu Jihad berkenaan hari hari akhir Ramadhan serta amalan sunat menjelang hari raya Aidil Fitri. Ada baki 4 hari lagi, kena pecut lagi laju. Dalam bulan Ramadhan Allah tak nak satu saat pun kita tak dapat pahala sehingga ketika tidur pun dapat pahala. Tidur sebab penat berpuasa. Diam orang berpuasa juga diberi pahala seolah sedang bertasbih. Sebab penat puasa hingga dia diam tak bercakap. Jadi dia diberi pahala. Dalam satu bulan Ramadhan adalah anugerah dari Allah dimulai rahmah, kedua maghfirah iaitu keampunan dan pengakhirannya adalah dibebas api neraka. 3 benda ini adalah intipati Ramadhan supaya bila kita keluar dari Ramadhan kita dapat paling banyak rahmat dan paling banyak Allah ampun dosa. Kalau boleh bersih seperti bayi. Kena pastikan bila keluar dari bulan Ramadhan kita, dijauhkan dari api neraka. Nabi ajar supaya kita berdoa minta dijauhkan dari neraka. Betapa penting nya jauh dari api neraka. Belum lagi bab azab tapi bab bunyi pun dah menggerunkan. Nabi dan sahabat mendengar bunyi jatuh berdentum dan Nabi bertanya apa yang kalian dengar tadi. Kata Nabi itulah bunyi sebiji batu yang dibaling dari puncak neraka dah sampai ke dasar neraka. Bila bunyi kuat bermakna ia dicampak dari tempat tinggi. Bila batu tersebut dicampak dari puncak? Ia dicampak dari puncak neraka sejak 70 tahun lalu. Bayangkan betapa dalamnya neraka sehingga 70 tahun baru sampai ke dasarnya. Itu baru berita betapa dalamnya neraka. Belum lagi cerita bab azab neraka. Azab neraka yang paling ringan ialah pakai terompah api neraka, menggelegak otak. Jauh kaki dengan otak tapi tetap menggelegak. Tiada azab yang lebih ringan dari itu. Bila masuk neraka, tak ada orang berani nak tarik atau selamatkan kita. Api dunia pun orang tak berani nak selamatkan. Ingat dulu kes kemalangan di lebuhraya di mana lari tangki telah melanggar lori yang sedang berhenti. Ianya menyebabkan lori terbakar dengan pemandunya sekali. Walaupun ramai yang melihat, tiada yang berani menolong. Yang ada hanya merakam video beliau yang sedang menjerit jerit meminta ditolong sahaja. Apa lagi api neraka. Jadi kena bermuhasabah sebelum tidur setiap malam, apakah amalan yang aku buat lepas aku tidur yang boleh menyelamatkan aku dari api neraka ya Allah. Para sahabat tak ada yang akan masuk neraka, pun mereka selalu bertanya pada Nabi apa kah amalan yang boleh selamatkan dari api neraka. Apa dia amalan itu yang boleh bantu kita di akhirat. 2 amalan seperti berikut Pertama syafaat Al Quran. Al Quran akan jadi pembela pada orang yang bersahabat dengan Al Quran. Walau macam mana baik dan loving pun kita dengan pasangan, belum tentu dia akan membantu kita di akhirat. Di akhirat, silap silap pasangan kita akan tuntut pahala dari kita. Tapi Al Quran akan tolong kita. Allah simpan syafaat Al Quran untuk kesannya dari pahala boleh tolong kita di akhirat. Jadi kita sekarang mungkin tak rasa kesan bacaan Al Quran selain dari memberi rasa tenang. Biar Ramadhan jadikan kita seronok dengan Al Quran. Kedua, syafaat dari sedekah. Sedekah juga akan jadi pembantu kita. Di dunia, sedekah menjadi sebagai benteng dari sebarang bala. Allah halang dari bencana. Di akhirat sedekah akan menjadi benteng dengan api neraka. Allah ringankan dan permudahkan urusan hidup kita. Sebab tiap hari Allah hantar 2 malaikat yang akan doakan kebaikan dan doakan keburukan buat kita. Bila jadi pemurah, akan didoakan kebaikan. Bila hari tu kita jadi orang kedekut, maka kita didoakan kecelakaan. Doa malaikat Allah tak tolak. Kedua, sedekah akan meringankan masa sakaratul maut. Mati itu sakit. Rasulullah pun sakit walaupun ketika malaikat nak ambik nyawa baginda, malaikat minta izin terlebih dahulu. Akhir sekali, sedekah akan meringan dan kemudahan ketika dihitung di hadapan Allah. Di hadapan Allah, kita seperti orang berada di kandang orang salah seperti mahkmah dunia. Kita akan cari amalan amalan yang boleh tolong selamatkan dari api neraka. Jadi perbanyakkan lah bersedekah di akhir Ramadhan ini. Boleh keluarkan zakat pendapatan ketika bulan Ramadhan untuk mengambil kesempatan pahala berganda. Jangan sesekali meninggalkan solat Terawih. Biar habis sekali dengan iman. Barulah dapat pahala seolah beribadah sepanjang malam. Kalau malam tersebut kebetulan dengan Lailatul Qadr, kita dapat seolah ibadah 1000 bulan. Kena anggap Ramadhan terakhir. Bab beraya pulak juga ibadah. Malam raya bermula Maghrib dah masuk 1 Syawal. Malam raya adalah termasuk malam yang mustajab doa. Malam lain ialah malam jumaat, malam nisfu syabaan, malam lailatul qadr, malam aidil fitri dan malam hari raya aidil adha. Kena perbanyakkan berdoa pada malam malam tersebut. Apa yang sunat dilakukan. Sunat melaungkan takbir setelah anak bulan syawal kelihatan. Tahu jer terus takbir sehingga selesai solat Aidil Fitri. Bayar zakat fitrah. Paling afhdal ialah sebelum solat raya. Itu sebab solat raya aidil fitri dilewatkan. Sunat malam raya berzikir dan solat tasbih. Sunat mandi dengan niat kedatangan hari raya sebelum ke masjid. Sunat pakai bau bauan yang harum bagi lelaki. Orang perempuan cukup sekadar bauan untuk hilangkan bau kurang enak. Membersihkan diri, buang bulu, potong kuku dan pakai pakaian yang elok menutup aurat. Pakaian raya jangan lah menyebabkan kita kena bakar balik dari api neraka. Sunat makan sedikit pada pagi sebelum ke masjid. Makan sekadar membezakan hari puasa dan hari raya yang boleh makan di siang hari. Solat raya. Sunat ke masjid untuk solat raya. Balik dari masjid disunatkan mengikut jalan lain untuk mengucapkan "Taqabbalallahu minna wa minkun". Apa apa kita buat seperti open house, di niat untuk ibadah untuk menyebarkan salam, bagi makan pada orang dan niat untuk menyambung silaturrahim. Namun begitu, jangan ada maksiat dalam majlis itu. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat... Rendang ayam ini sangat versatile. Boleh dimakan dengna apa sahaja. Nasi putih, nasi lemak, nasi impit, mee hoon, lemang dsb. Jadi tak perlu tunggu raya pun, boleh masak rendang. Insya Allah untuk raya ini, saya akan menyediakan rendang ayam versi Bonda Mertua saya di SINI. Jom layan resepi di bawah ini dan juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba... 2 senduk nasi cili kering kisar - ikut pedas disukai 2 helai daun kunyit - hiris halus 1 batang serai Cara cara Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan bahan hiris sehingga wangi. Masukkan cili kering kisar dan tumis lagi sehingga agak agak cili masak. Masukkan bahan kisar dan masak lagi sehingga bahan tumis terbit minyak. Masukkan ayam dan kacau rata sehingga ayam kecut dan air ayam kering. Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih dan terbit minyak. Masukkan gula, gula Melaka, garam dan asam keping. Kemudian masukkan kerisik. Setelah hampir masak, taburkan daun kunyit. Tutup api bila kuah rendang sesuai dengan kesukaan masing masing. Jika untuk dimakan dengan nasi, saya suka rendang yang basah dan berkuah.
Panduan} rendang ayam azie kitchen paling sedap. Santapan Senja | Rendang Ayam Azie Kitchen Paling Sedap ~ memang saat ini sedang banyak dicari oleh teman-teman disekitar kita, mungkin salah satunya anda. Masyarakat jaman now memang sudah terbiasa menggunakan internet di gadget untuk mendapatkan informasi gambar maupun video untuk dijadikan inspirasi dan sesuai judul postingan kali ini admin
Resepi Rendang Ayam Azie Kitchen adalah salah satu resepi yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. Rendang ayam yang dimasak dengan menggunakan resepi ini mempunyai cita rasa yang sedap dan lazat. Rendang ayam adalah salah satu hidangan tradisional Malaysia yang biasanya dimasak semasa majlis-majlis kenduri atau dihidangkan semasa hari raya. Dalam artikel ini, kami akan memberikan panduan yang mudah dan ringkas untuk memasak rendang ayam menggunakan Resepi Rendang Ayam Azie Kitchen. Kami akan berkongsi bahan-bahan yang diperlukan, langkah-langkah memasak dan tips-tips yang berguna untuk memastikan rendang ayam yang anda masak sedap dan lazat. Bahan-BahanCara MemasakPersediaan bahan-bahanTumis bahan rempahMasukkan ayam dan santanMasukkan bahan-bahan lainMasak sehingga rendang ayam empukTips-Tips Memasak Resepi Rendang Ayam Azie KitchenFAQsApa yang membuatkan Resepi Rendang Ayam Azie Kitchen begitu popular?Adakah resepi ini sesuai untuk pemula?Berapa lama masa yang diperlukan untuk memasak resepi ini?Conclusion Bahan-Bahan 1 ekor ayam, dipotong kecil-kecil 1 liter santan 1 biji bawang besar, dicincang 6 ulas bawang putih, dicincang 2 batang serai, diketuk 4 helai daun kunyit 3 helai daun pandan 1 blok gula Melaka, diketuk Garam secukup rasa Cara Memasak Persediaan bahan-bahan Potong ayam kecil-kecil Cincang bawang besar dan bawang putih Ketuk gula Melaka Ketuk serai Cuci bersih daun kunyit dan pandan Ukur santan Tumis bahan rempah Panaskan sedikit minyak dalam kuali Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau Masukkan serai dan bahan rempah yang telah dikisar dan tumis sehingga naik bau dan keluar minyak Masukkan ayam dan santan Masukkan ayam yang telah dipotong kecil-kecil ke dalam kuali Gaulkan ayam dengan bahan rempah Masukkan santan secara perlahan-lahan sambil dikacau sehingga seluruh ayam ditutupi dengan santan Masukkan bahan-bahan lain Masukkan daun kunyit dan daun pandan Masukkan gula Melaka dan garam secukup rasa Kacau perlahan-lahan dan biarkan rendang ayam didihkan sehingga ayam empuk dan kuah rendang pekat Masak sehingga rendang ayam empuk Biarkan rendang ayam didihkan dengan api kecil sehingga ayam empuk dan kuah rendang pekat Kacau perlahan-lahan sekiranya diperlukan Sedia untuk dihidangkan Tips-Tips Memasak Resepi Rendang Ayam Azie Kitchen Pilih bahan-bahan yang berkualiti Pastikan bahan-bahan yang digunakan dalam resepi ini berkualiti dan segar. Pilih ayam yang masih segar dan santan yang pekat. Jangan terlalu banyak mengadun santan Jangan terlalu banyak mengadun santan ketika memasak rendang ayam. Gunakan santan yang pekat dan masukkan secara perlahan-lahan untuk mengelakkan santan pecah. Masukkan gula melaka dan garam pada waktu yang betul Masukkan gula Melaka dan garam pada waktu yang betul untuk mencapai rasa yang sedap. Masukkan gula Melaka selepas ayam empuk dan kacau sehingga gula Melaka larut sepenuhnya. Masukkan garam sedikit demi sedikit sambil mencuba rasa. Baca juga Resepi Nasi Briyani Ayam Azie Kitchen FAQs Apa yang membuatkan Resepi Rendang Ayam Azie Kitchen begitu popular? Resepi Rendang Ayam Azie Kitchen mempunyai rasa yang sedap dan lazat serta mudah untuk dipelajari oleh pemula. Bahan-bahan yang digunakan dalam resepi ini juga mudah ditemui di pasaran tempatan. Adakah resepi ini sesuai untuk pemula? Ya, Resepi Rendang Ayam Azie Kitchen adalah resepi yang sesuai untuk pemula yang ingin memasak rendang ayam yang sedap dan lazat. Langkah-langkah memasak yang mudah dan bahan-bahan yang mudah ditemui membuatkan resepi ini Adakah resepi ini sesuai untuk dihidangkan dalam majlis makan malam? Ya, Resepi Rendang Ayam Azie Kitchen adalah hidangan yang sesuai untuk dihidangkan dalam majlis makan malam. Rendang ayam merupakan hidangan yang popular dalam budaya Melayu dan lazat untuk dinikmati bersama-sama dengan nasi putih dan ulam-ulaman. Berapa lama masa yang diperlukan untuk memasak resepi ini? Masa yang diperlukan untuk memasak Resepi Rendang Ayam Azie Kitchen bergantung pada jumlah bahan yang digunakan dan suhu api. Biasanya, memasak rendang ayam memakan masa antara 2 hingga 3 jam untuk mencapai konsistensi yang diingini. Conclusion Resepi Rendang Ayam Azie Kitchen adalah resepi rendang ayam yang sedap dan lazat untuk dihidangkan pada sebarang majlis. Dengan mengikuti langkah-langkah memasak yang mudah, sesiapa sahaja boleh memasak rendang ayam yang sedap dan enak. Pastikan bahan-bahan yang digunakan berkualiti dan masukkan gula Melaka dan garam pada waktu yang betul untuk mencapai rasa yang sedap. Jangan lupa untuk mencuba resepi ini dan nikmati hidangan rendang ayam yang sedap dan lazat bersama-sama dengan keluarga dan sahabat-sahabat anda. Selamat mencuba! Saya seorang pelajar dalam bidang ekonomi yang mempunyai minat dalam menulis serta memasak. Saya sangat menikmati aktiviti-aktiviti ini sebagai cara untuk meluahkan kreativiti saya. Post navigationTutorialMemasak resepi ayam goreng butter kering Resepi sedap yang pantas Tuesday, December 22, 2020 Edit. Resepi Ayam. Resepi Kuih; Resepi Rendang; Resepi Ayam Bakar Che Nom. Tutorial Memasak Resepi Mee Hong Kong Azie Kitchen. Cara Buat Resepi Makaroni Bakar Azie Kitchen. Hidangan Resepi Lepat Labu Azie Kitchen. Cara Masak ResepiRamadhan Kareem buat semua pembaca blog Azie Kitchen. Hari ini ialah hari ke4, kita semua berada di Akademi Ramadhan, jadi pastikan kita berjaya hingga ke akhirnya dan menamatkan akademi Ramadhan dengan kejayaan. Hari ini saya ingin berkongsikan resepi Rendang Daging Sedap giler. Melihat tajuk resepi jer dah membuat hati teruja untuk mencuba. Klik blog Baked By Che Ta di SINI. Untuk menghasilkan rendang Asmah Manjalara yang sedap dan tahan lama, disarankan supaya kita hanya menggunakan bahan bahan asli dan segar. Resepi ini yang digunakan untuk mengambil tempahan dan juga pernah tempat pertama dalam pertandingan masakan. Ohh kalau tak teruja lagi dengan keterangan resepi ini tak tahu lah nak kata apa lagi. Serius harum semerbak dapur semasa ianya sedang disediakan. Saya ada jugalah tidak mengikut resepi sedikit sebanyak iaitu menggunakan serbuk ketumbar dan jintan yang telah siap dikisar. Tapi kalau di sangai dan kisar sendiri, pasti lebih lagi lah wanginya. Satu cara nak menghasilkan rendang yang sedap ialah dengan menggunakan bawang yang banyak serta santan yang banyak, terutamanya santan segar. Pasti sedap. Saya suka rendang yang sedikit berkuah dan basah. Jika suka rendang yang sedikit basah, bolehlah ditambah sedikit air, jika ianya terlebih kering. Kuah rendang boleh di adjust adjust dengan menambah air. Kalau suka rendang seperti rendang Minang atau rendang Tok yang lebih kering, ianya dikacau atas api perlahan sehingga ianya menjadi kering dan berwarna gelap. Apa pun pilihan dan kesukaan kita, buat aje kerana kita yang membuatnya kan? Gambar rendang yang sedikit basah seperti di dalam gambar di bawah ini... Jom layan resepi dan petua petuanya yang diberikan Che Ta di bawah resepi ini. Terima kasih banyak banyak kepada Che Ta kerana telah sudi berkongsikan resepi serta memberi pula tips yang sangat berguna untuk menghasilkan rendang yang sedap dan tahan lama. Bolehlah sama sama kita cuba menyediakan rendang ini di bulan Ramadhan sebagai hidangan berbuka atau bersahur dan boleh menyediakannya sekali lagi untuk hidangan di pagi Raya Aidil Fitri nanti. Selamat mencuba.... Rendang Daging Sedap Giler Bahan bahan 1 kg daging 3 cawan cili kisar - guna 6 sudu besar 1 kg santan pekat 4 sudu besar kerisik - guna 1 1/2 pek 2-4 helai daun kunyit-carik Garam, asam jawa dan gula Bahan A 8 ulas bawang merah - saya tambah 1 biji bawang besar sedang 5 ulas bawang putih 2 inci halia Bahan B 2 inci lengkuas muda 7 batang serai - hiris 2 sudu besar ketumbar rata - sangai wangi 1 sudu besar jintan manis - sangai 1 sudu besar jintan putih - sangai Cara cara Kisar bahan A. Tapis dan airnya diguna untuk kisar bahan B. Kalau tak cukup tambah sedikit air. Kisar pula bahan B. Panaskan minyak tumiskan bahan A hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Pastikan minyak banyak sesuai dengan kuantiti bahan yang ditumis. Jika kurang, bahan bahan tumis tidak cukup masak. Masukkan daging dan gaul rata hingga bercampur semuanya. Bila daging dah keluar air masukkan santan, daun kunyit dan sedikit garam. Masak hingga daging empuk. Boleh tambah air jika daging masih belum empuk. Masukkan kerisik, air asam jawa dan gula. Rasa masam manisnya. Cara memasak menggunakan periuk Noxxa Tekan butang stir fry dan masukkan minyak. Bila sudah panas masukkan bahan A. Kacau hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Off kan butang stir fry. Masukkan daging, santan, kerisik dan daun kunyit. Untuk sekilo daging santan pekat lebih kurang 1/2 bahagian periuk dan jangan terlalu kurang cecair santan untuk mengelakkan bahagian bawah dasar periuk berkerak. Gaul rata. Tutup periuk dan tekan butang high pressure selama 30-40 minit. Bila sudah cukup masa keluarkan angin dari periuk dan buka tutup periuk. Tekan butang stir fry untuk mengeringkan rendang. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Suaikan rasa ikut selera. Kacau kacau selalu dan masak hingga kering. Cara lain untuk mengeringkan rendang ialah aku alihkan rendang dari periuk Pressure Cooker ke dalam kuali dan keringkan dalam kuali besar. Lebih mudah untuk mengacau hingga kering. ***Tips. 1 Pastikan bahan bahan yang ditumis benar benar masak supaya rendang tahan lama. 2 Bila rendang telah agak agak kering kecilkan api dan kacau sekali sekala sehingga terbit minyak. 3 Rendang yang cantik dan tahan lama ialah apabila minyak telah keluar dari rendang itu. 4 Untuk membuang minyak yang berlebihan - kuakkan rendang ke arah ke luar kuali hingga membentuk bulatan dan biarkan minyak yang berlebihan bertakung di tengah tengah kuali. Bila telah sejuk ambil rendang ditepi tepi kuali tanpa mengusik minyak yang bertakung di tengahnya. 5 Jika menggunakan periuk PC set masa 20-30 minit untuk daging batang pinang dan daging biasa selama 30-40 minit. Proses mengering rendang akan menjadikan daging lebih lembut. 6 Jangan tutup rendang yang masih panas dengan dulang atau tutup periuk. Ini menyebabkan rendang cepat basi. Tutup kuali dengan tudung saji yang besar bulat. 7 Gunakan rempah2 yang masih baru dan disangai hingga wangi. Rempah rempah ini yang membuatkan rendang menjadi lebih sedap. Percayalah...jika rendang anda sedang menggelegak dan bau harumnya mula terhidu dan buatkan anda berasa lapar atau terasa nak makan maknanya rendang itu pasti sedap. Suaikan rasa masam, manis dan masin. . 478 37 156 85 351 330 33 476